Thursday, 23 May 2013

Mutiara kata


Words I Live By And Things I Have Learned So Far

1We Can Do Anything As Long As We Don't Put A Limit On Ourselves

2. Permudahkan urusan saudaramu dan Allah akan permudahkan segala urusanmu.

3. Think Big. There's a magic in thinking big

4. Cinta sesama manusia hati kita dirobek-robek, Cinta dengan Allah hati kita bercantum.

5. Bersahabat dengan manusia kita akan dilupakan dan ditinggalkan, bersahabat dengan Al Quran kita akan dipelihara di Alam Dunia, Alam Barzakh dan Alam Akhirat.

6, In life we don't get what we deserve, we get what we negotiate

7. Kegagalan akan mengajar kita menghargai erti kejayaan.

8. Everybody has an opportunity to be somebody, it all depends on how much fire you have to stand out from the rest.

9. "Why stop at good when you can be great".

10. "Let us not waste time dreaming about the life we may live next year but live our best today".

11. Everyone can make a difference in another person's life. all we need is a compassionate hearts willing hands and feet that are quick to respond.

12. There are many who come into our lives, but only a few inspire and leave footprints in our hearts.

13. Wisdom is hard won but easily shared.

14. Syair Imam Syafie:-
" Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku, maka diamku dari orang yang menghina adalah satu jawapan. Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayani kerenah anjing-anjing".

15. Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself. Leo Tolstoy.

16. Laughter stimulates both body and mind, lauhghing stimulates the entire circulation system and also boosts the immune system. Laughter is certainly able to promote the body's capacity to heal itself.
"Fake it until you make it"

17. Shared joy is a double joy. Shared sorrow is half a sorrow.

18. Banyak diam tidek semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.

19. Menasihati orang yang bersalah, tidak salah, yang salah memikirkan kesalahan orang...

20. "When you refuse to accept that you were wrong, then you cannot correct your mistakes" Dr. M.

21. The important key to success is self confidence. An important key to self confidence is preparation. arthur ashe.

22.Great minds talk about ideas
Average minds talk about events
Small minds talk about people

23. Bukan bahagia itu yang membuat kita bersyukur tetapi bersyukur itu yang membuat kita bahagia

24. Satu pesanan berharga ditinggalkan oleh Rasulullah SAW: “Takutilah apa-apa yang haram, nescaya engkau orang yang paling banyak menunjukkan ibadahnya di antara manusia. Reda dan tidak mengeluh terhadap apa yang telah dikurniakan oleh Allah, nescaya engkau menjadi orang yang terkaya di kalangan manusia. Bersikap baiklah kepada tetanggamu, nescaya engkau menjadi seorang mukmin. Sayangilah manusia seolah-olah kamu menyayangi diri kamu sendiri, nescaya kamu menjadi seorang Muslim. Jangan banyak ketawa di dalam kehidupanmu, kerana orang banyak ketawa itu, hatinya akan mati.” (Riwayat Imam Ahmad)

25. "Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful." ~ Albert Schweitzer

26. It's all right to dream. Building castles in the air never hurt anyone, just jump out of the way when they crash to the ground.

27. Success won't happen through waiting - it comes with action.

28. 

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

29. Sabar
i) Sabar dalam menjalankan perintah Allah
ii) Sabar dalam meninggalkan larangan Allah
iii) Sabar dalam menghadapi ujian Allah.

30. “Kelemahan utama manusia bukanlah kerana ia tidak mendapat atau tidak memperoleh apa yang belum dapat dipunyainya tetapi adalah kerana kegagalannya menggunakan apa yang dipunyainya.”

31. A politician thinks of the next election; a statesman thinks of the next generation.

Friday, 17 May 2013

BERTAQWALAH

Pesanan Umar Abdul Aziz,Amirul Mukminin kepada Mansur bin Ghalib yang diberi tanggungjawab mengawal keamanan dalam negeri Islam..

Bertakwalah kepada Tuhan dalam segala keadaan kerana takwa kepada Tuhan itu senjata yang paling ampuh dan kekuatan yang tiada taranya.
Jangan melakukan maksiat dan dosa-dosa kerana dosa-dosa yang kamu lakukan itu lebih aku takuti daripada musuh-musuh kamu. Sekiranya kamu seperti mereka sama-sama melakukan maksiat dan dosa-dosa, maka dengan mudah kamu dikalahkan.
Sekiranya kamu tidak dapat mengalahkan mereka dengan kebenaran yang ada pada kita, sudah tentu kamu tidak dapat mengalahkan mereka dengan senjata yang kita miliki.
Apabila kamu berhadapan dengan musuh, janganlah kamu takuti jumlah musuh yang lebih ramai kerana kemenangan itu tidak hanya bergantung pada jumlah yang ramai. Jangan kamu takut dan jangan kamu berdukacita kerana Tuhan pasti bersama kamu..

23 CIRI ORANG YANG BENAR2 MENCINTAI ANDA


Dalam kehidupan seharian, pasti anda tidak akan sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri anda merupakan satu petanda bahawa si dia sebenarnya mencintai diri anda dan ramai yang tidak menyedarinya lebih-lebih lagi pada mereka yang telah berkawan sejak dari kecil lagi.

Mungkin si dia tidak ingin anda tahu secara terus daripada mulut si dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan dan mungkin anda tidak sedar dengan perbuatan yang dilakukannya sebenarnya menunjukkan bawaha si dia ingin meluahkan rasa cinta pada diri anda. Berikut merupakan ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai diri anda.

1.      Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada anda sahaja.

2.      Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting anda bahagia dan anda tetap menjadi impiannya.

3.     Orang yang mencintai anda selalu menerima anda apa adanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda merasa berat badan anda sudah bertambah.

4.     Orang yang mencintai anda selalu ingin tahu tentang apa saja yang anda lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan anda.

5.     Orang yang mencintai anda akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun anda tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6.     Jika anda menyambut hari jadi dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang anda adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7.   Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama anda, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8.   Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai anda.

9.      Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran anda, bahkan mungkin meminjam CD milik anda, kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda – kesukaan anda kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan anda, tapi akhirnya dia berjaya.

10.    Kalau kali terakhir kalian bertemu anda mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda, kerana dia bimbangkan tentang anda, peduli tentang anda.

11.   Jika anda mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada anda.

12.   Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat anda itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13.   Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda telah menggegarkan dunianya.

14.   Orang yang mencintai anda selalu ingin berada di dekat anda dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan anda.

15.   Jika suatu saat anda harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar anda waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada anda dan jauh.

16.    Di hatinya dia benar-benar takut kehilangan anda, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?

17.    Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18.    Orang yang mencintai anda sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon anda 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan anda di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan anda.

19.    Orang yang mencintai anda kadang-kadang merindukan anda dan melakukan hal-hal yang membuat anda pening kepala. Namun ketika anda mengatakan tindakannya itu membuat anda terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20.     Jika anda memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu anda. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan anda walau sesukar mana permintaan mu.

21.     Kalau anda melihat handphone-nya maka nama anda akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari anda walaupun ia anda kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat anda di tempat khas dan segala pemberian anda menjadi benda-benda berharga buatnya.

21.    Dan jika anda cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan anda, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22.    Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu anda kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu anda.

23.    Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa anda memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu anda terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan anda, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada anda? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut jika tidak anda akan menyesal kerana mensia-siakannya.

20 SEBAB TAK PERLU MINTA MAAF


Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara anda yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, anda yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana anda yang memikul kesalahannya ataupun anda yang menyerah diri walaupun tahu yang anda tidak bersalah?
Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari anda, adalah menjadi hak anda untuk tidak meminta maaf. Saya telah mengenal pasti 20 sebab mengapa anda tidak perlu meminta maaf.
1 – PERASAAN ANDA

Apa yang anda rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak anda. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang anda rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin anda sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Anda berhak mempertahankan pendapat anda kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu anda menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan anda, selain dari diri anda sendiri.

2 – LEBIH BERKEBOLEHAN

Mungkin gaji anda lebih tinggi dari suami/kekasih ataupun anda lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan anda. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan anda, pedulikan saja!! Anda harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang anda miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan anda yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 – MASA LALU

Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah anda laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang anda lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah anda lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Anda tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan anda dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan anda tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4 – MENJADI PERHATIAN

Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Anda jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa anda yang dipilih berbanding dengan orang lain. Anda tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana anda yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika anda ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar anda berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika anda tidak mahu diri dipersalahkan.

5 – MEMUTUSKAN CINTA

Kalau anda rasa bukan berpunca dari silap anda, anda berhak meminta putus. Untuk apa anda terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan anda juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang anda ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6 – BERKATA JUJUR

Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Anda tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri anda. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara anda dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran anda ataupun tidak.

7 – BERTERUS TERANG

Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, anda sudah tertarik pada orang lain sedangkan anda baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin anda tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada anda terus menipu si dia dan diri anda sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa anda tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada anda terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik anda bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8 – TIDAK MENEPATI CITA RASA

Bukanlah perkara yang mustahil untuk anda mementingkan cita rasa anda sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang anda pilih langsung tidak menepati cita rasa anda. Sudah tentu anda mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu anda sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang anda impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.

9 – TERUS BERTANYA

Untuk mendapatkan kepastian, tentu anda harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah anda tidak akan berpuas hati. Anda mahu bertanya sehinggalah anda faham. Jangan rasa bersalah kalau anda harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan anda itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT

Tak salah kalau anda meminta agar gaji/pangkat anda dinaikkan setanding dengan usaha yang telah anda laksanakan selama ini. Sudah tentu anda berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau anda meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, anda juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi anda perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.

11 – MASIH SOLO

Inilah hidup anda! Walaupun ada kalanya anda berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah anda. Terpulang pada diri anda sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup anda sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika anda memilih untuk bersendirian. Mungkin anda perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12 – TENTANG KEGEMARAN

Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi anda. Pertahankan hobi anda itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13 – BIJAK DAN AKTIF

Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Anda patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan anda juga seorang yang aktif.

14 – MEMINTA BANTUAN

Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau anda memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan anda kerana perkara kecil pun anda tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!

15 – BUKAN BERPUNCA DARI ANDA

Ada seorang teman memarahi anda kerana rahsianya terbongkar, sedangkan anda bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah anda. Berterusteranglah pada si dia yang anda tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama anda. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan anda. Yakinkan dirinya yang anda seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan anda benar-benar tidak bersalah!

16 – PANDU BERHATI-HATI

Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang anda ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi anda, pedulikan saja. Janji anda tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali anda meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi anda, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas ‘kebaikan’ anda itu.

17 – ORANG MENUDUH ANDA

Jika memang bukan anda yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa anda mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu anda agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau anda mengaku, alamatnya anda akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati anda meronta-ronta mengatakan bahawa anda tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

18 – TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN

Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan anda tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri anda hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa anda. Tapi kalau anda membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip anda dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19 – TIDAK SAMA HALUAN
Anda mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang anda tidak boleh melakukan bersamanya iaitu anda suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, anda harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Anda tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.

20 – DIPAKSA

Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang anda tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana anda tidak melakukan tugasan tersebut.


49 PETUA DARIPADA MANUSIA HEBAT INI.....

http://beragas.files.wordpress.com/2008/09/syed-mokhtar-albukhary1.jpg 

Adakah anda kenal siapa beliau? Inilah Biilionaire Melayu yang sebenar. Nama beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al BukharyTujuan saya nak paparkan isu ini adalah untuk kepentingan orang ramai termasuk diri saya. 
Saya masih ingat 49 kata-kata hikmah dari beliau yang saya baca  dan membuatkan saya tidak lupa tentag hidup ini dan impian saya, antara kata-katanya ialah :- 

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan. 

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata. 

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

 4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal. 

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita. 

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju. 

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain. 

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu. 

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?