Wednesday, 15 May 2013


TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2013


Kata-kata aluan:

- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera.
- Yang Berusaha Encik Mohd Mohd Tahir b Lokman, Guru Besar SK King Edward 2, Barisan Guru-guru penolong kanan,   guru-guru, para pekerja dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.
 – Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada pagi yang mulia ini, kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikan Majlis Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2013. 

Istana kota sebelas tingkat,
Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari Guru mari raikan.

-Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.
-Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya.
-Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Malaysia, 1 Aspirasi, 1 Agenda.”


Sebelum kita menerukan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan membaca doa semoga tuhan memberkati majlis kita pada hari ini. Untuk mengetuai bacaan doa saya dengan ini menjemput Ustaz Rosli untuk membacakan doa.

Amin,amin…ya robbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih pada  Ustaz Rosli atas bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Seterusnya marilah sama-sama kita mendengar ucapan Ucapan Wakil pelajar sempena hari guru ini. Dengan segala hormatnya saya menjemput ketua murid iaitu saudara Muhd Afiq bin mohd faudzi untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Waktu malam melihat bulan,
Mendengar pungguk berlagu merdu,
Selamat hari guru kita ucapkan,
Kerana jasa menaburkan ilmu



-Sidang majlis sekalian, seterusnya pihak majlis mempersilakan Tuan Guru Besar Sk King Edward 2, En Mohd Tahir bin Lokman untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis sambutan haru guru pada tahun ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar  di atas ucapan sebentar tadi.


Pohon palma tegak berdiri,
Ditanam mari tepi bangunan;
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.

-Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Perak yang akan disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sk King Edward 2 iaitu En Zainal Abidin bin Damam. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 -Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Zainal Abidin  di atas ucapan sebentar tadi.

Teratai Melati Melur dan Mawar,
Bunga-Bungaan Harum dan Wangi,
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.

Bacaan perutusan seterusnya ialah iaitu Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia. Utk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Penolong Kanan Kokurikulum Encik Ahmad Ainuddin bin Abd Khalid bagi membacakan perutusan tersebut. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Demikian tadi perutusan dari Pengarah Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh En Ainuddin sebentar tadi. Majlis merakan ucapan terima kasih.

Burung pipit burung helang,
terbang tinggi tidak sejajar;
biar sejuta rintangan menghalang,
tetapku gagah teguh mengajar.


Sidang majlis yang dihormati sekelian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia. Utk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Yusainy bin Yusuf  bagi membacakan perutusan tersebut. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.




Demikian tadi perutusan dari  Menteri  Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh En Yusaini sebentar tadi. Majlis merakan ucapan terima kasih.

- Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru berdiri di hadapan  pentas bagi bacaan ikrar dan nyanyian lagu.

untuk melafazkan ikrar yang akan diketuai oleh ……………………………….

-terima kasih di atas bacaan ikrar itu tadi.  Selepas ini kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru. dengan nyanyian lagu Transformasi Pendidikan Negara dan dikuti dengan lagu “Guru Malaysia”


Seterusnya kita ingin mendengar pula nyanyian dari murid-murid ditujukan khas untuk semua guru-guru. Tajuk lagu ini ialah ‘Terima Kasih Cikgu’. Dengan ini pihak majlis mempersilakan semua murid-murid untuk berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu tersebut.



Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat;
Hargaiku sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Hadirin sekalian,       
-Majlis diteruskan dengan acara pnyampaian hadiah. Dimulakan dengan barisan pengawas sekolah untuk menyampaikan hadiah kepada guru-guru.
- seterusnya penyampaian hadiah dari murid-murid mengikut kelas.


Sampai di sini saja tugas saya sebagi pengacara majlis pada hari ini. Segala salah dan silap saya mohon ampun maaf.

Buah beluru buah sawa,
Minta sekati bawa ke darat,
Azam guru ke hujung nyawa,
Tabur bakti sampai ke akhirat.

Untuk taklimat program seterusnya saya mempersilakan penolong kanan kokurikulum iaitu encik ahmad ainuddin untuk memberikan taklimat mengenai sukaneka. Untuk itu saya menyerak]hkan majlis ini kepda cikgu ainuddin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


No comments:

Post a Comment